#Hiburan: “Kita Ni Biarlah Rupa Paras Biasa-Biasa..” – Syifa Melvin Kesal Ramai Orang Mulut Puaka, Mohon Diberi Hidayah Allah S.W.T

Pelakon dan juga isteri kepada pemain bola sepak terkenal, Syifa Melvin meluahkan rasa kesal terhadap sikap sesetengah individu yang gemar mengeji dan mengutuk orang lain.

Perkara itu dizahirkan Syifa menerusi satu hantaran di Instagram Stories miliknya pada Selasa lalu.

Advertisement

Ujarnya, biarlah seseorang itu mempunyai rupa paras biasa dan tidak berduit asalkan tidak gemar mengutuk orang lain seolah-olah ‘berhutang’ kesalahan besar pula.

Apa yang lebih parah adalah apabila orang yang dikutuk itu tidak mempunyai kaitan dengan diri sendiri.

Kita ni biarlah rupa paras biasa-biasa, biarlah tak berduit tera mana tapi, janganlah mengutuk orang lain tak tentu hala. Macam orang tu buat salah besar kat hang.

Yang sedih tu dah lah kutuk, kita tak kenal pun orang tu dan orang tu pun tak kenal kita. Satu rasa rugi sebab sakit hati, satu lagi rasa lawak.

Berikutan itu, Syifa juga berharap agar orang ramai di luar sana menggunakan akal fikiran dan tidak berperangai toksik.

“Moga hidayah milik mereka yang berlidah puaka” katanya lagi.

Sekadar info, Syifa dan Safawi Rasid telah mendirikan rumah tangga pada hujung November tahun lalu secara tertutup di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

tiktok
4 jam lalu

Bekas Tunang Pelakon Wanita Didakwa Ada Sikap Narsistik, Gemar 'Love Bombing'? - "Baik Sangat Ada Makna"

The post “Kita Ni Biarlah Rupa Paras Biasa-Biasa..” – Syifa Melvin Kesal Ramai Orang Mulut Puaka, Mohon Diberi Hidayah Allah S.W.T first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments