Satu video menjadi tular di media sosial apabila seorang lelaki bergelar bapa ditemui meninggal dunia ketika melindungi anaknya.
Peristiwa itu dilaporkan terjadi di bumi Turki yang baru sahaja dilanda musibah gempa bumi bersama-sama dengan negara Syria yang turut terjejas teruk akibat tragedi itu.
Beberapa video aktiviti menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan turut tersebar di media sosial, salah satunya adalah video sedih ini.
This is called father's love He himself was martyred but he held the child in such a way that Alhamdulillah the child was saved#Turkiye #Turquia #turkiyeearthquake#TurkeySyriaEarthquake2023 #TLP_Promotion #Turkey#TurkeyQuake # #??????_???? #TurkeySyriaEarthquake pic.twitter.com/XhiRWMmj8z
— Mohd Ahtisham Ahsan (@MohdAhtishamAh1) February 8, 2023
Dalam hantaran itu, seorang bapa dilihat melindungi anaknya yang masih hidup dengan bertindak menjadikan badannya sebagai perisai.
Kasih bapa sepanjang zaman, si bapa dilaporkan meninggal dunia dan anaknya ditemui berada di bahagian paha. Ketika pasukan menyelamat berusaha menyelamatkan kedua-duanya, si anak didapati masih bernafas namun tidak bagi orang tuanya.
Si anak kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.
Menjengah ke ruangan komen hantaran video tersebut, netizen meluahkan rasa sedih melihat pengorbanan si bapa yang sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan nyawa anaknya.
Terdahulu, gempa yang melanda kedua-dua negara itu adalah yang paling dahsyat pernah direkodkan sejak seabad yang lalu dan ia masih, sehingga kini merekodkan lebih puluhan ribu mangsa tercedera dan yang meninggal dunia.
The post (VIDEO) Bapa Ditemui Mati Berpelukan Demi Lindungi Anak, Netizen Jadi Sebak – “Kasih Ayah Selama-Lamanya..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments