#Hiburan: “Peluk Je La Gambar Queen Tu..” – Kritik Ejaan Turki Jadi Turkiye, Wartawan Izwan Azir Saleh Sekali Lagi Dikecam

Semalam, wartawan selebriti, Izwan Azir Saleh menjadi mangsa kecaman warga maya yang mengkritik keperluan figura itu untuk menukar cara ejaan negara Turki kepada Turkiye.

Dalam hantaran yang dimuat naik Izwan di Twitter itu, dia mempersoalkan cara ejaan nama negara itu yang baginya tidak perlu untuk ditukar kepada Turkiye.

Advertisement

Izwan Azir Saleh

Kenapa Turki nak dieja Turkiye? Turkiey tu kan dalam bahasa tempatan dia. Kita di Malaysia ni eja sajalah Turki.

Dia turut membandingkan mengapa orang ramai tidak mengeja Jepun sebagai Nippon, Thailand sebagai Pratet Thai dan Arab Saudi sebagai Al-Mamlakah Al-Arabiyyah As-Suudiyah.

Perkongsian Izwan itu kemudiannya mendapat respon negatif daripada netizen kerana itu adalah kehendak rakyat dan pemimpin negara itu untuk dipanggil sebagai Turkiye dan bukannya Tukri.

Tambah netizen lagi, cara ejaan itu perlulah selaras apatah lagi ia melibatkan siaran rasmi di media dunia selain Perdana Menteri Turkiye telah memulakan ‘rebranding’ nama negara mereka pada Jun tahun lalu.

Terdahulu, nama Izwan Azir Saleh menjadi tumpuan warga maya apabila dia ada memuat naik foto memeluk bingkai foto Ratu Elizabeth II setelah kemangkatannya pada 8 September 2022 di Istana Balmoral, Scotland.

Kak KM ahli gusti
23 jam lalu

"Sekali Hempap, Melekat"- Dah Macam Ahli Gusti, Bentuk Tubuh Kak KM Jadi Tumpuan

The post “Peluk Je La Gambar Queen Tu..” – Kritik Ejaan Turki Jadi Turkiye, Wartawan Izwan Azir Saleh Sekali Lagi Dikecam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments