#Hiburan: Ada Yang Kurang Senang Tengok Video Fasha Sandha Menari Dengan Aidil – “Malunya Kalau Mak Mentua Tengok”

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon jelita Fasha Sandha sering menjadi bualan netizen apabila dia dikritik kerana caranya berpakaian.

Baru-baru ini, sesetengah netizen memerli pemakaian Fasha memandangkan dia baru sahaja pulang dari menunaikan umrah dan kerana dikatakan on off bertudung.

Advertisement

fasha sandha
4 hari lalu

"Tak Mendapat Umrah Yang Mabrur" - Baju Ketat Nampak 'Curve' Badan, Fasha Sandha Dikritik Tak Berubah

Bukan hanya pemakaian, namun video Fasha bersama suaminya yang juga aktor, Aidil Aziz turut meraih perhatian dan menerima komen kritikan.

Menerusi Instagram, aktres itu ada berkongsi video dia menari bersama Aidil untuk mempromosikan produk penjagaan rambut namun ia mencetus pelbagai reaksi netizen.

Ramai yang akui suka melihat kemesraan pasangan itu namun sesetengah netizen pula mengkritik kerana beberapa perkara yang buat mereka kurang senang.

Seorang individu malah berkata tindakan Fasha menari sebegitu dengan suaminya memalukan jika ditonton oleh ibu mentuanya.

Tidak berdiam diri, Fasha membidas komen itu dan berkata ibu mentuanya itu tidak menghakimi orang dan menerima anak serta menantu yang merupakan pelakon, seadanya.

Ada yang turut berpesan kepadanya untuk tidak terlalu menunjukkan kemesraan bersama suami di media sosial untuk tatapan umum.

Bagaimanapun, segelintir netizen lain menyelar individu itu kerana memberikan komen negatif dan menganggap dia hanya cemburu.

The post Ada Yang Kurang Senang Tengok Video Fasha Sandha Menari Dengan Aidil – “Malunya Kalau Mak Mentua Tengok” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments