Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) malam tadi berlangsung dengan tema ‘Dimensi Muzik’ dan ramai selebriti hadir memberikan sokongan kepada penyanyi tanah air kita.
Segelintir artis yang hadir ke malam kemuncak AJL37 itu mencuri tumpuan ramai warganet ketika acara Karpet Merah dan tidak ketinggalan, pelantun Peluang Kedua, Nabila Razali.
Kehadiran Nabila mengundang perhatian lensa kamera apabila manik ‘diamond’ pada baju yang diperagakannya tercabut sehingga kru perlu mengutipnya di atas lantai.
Bukan insiden manik tercabut sahaja yang meraih perhatian tetapi rata-rata warganet berasa kurang senang melihat pemakaian penyanyi berhijab itu.
Sesetengah individu melabel pakaian tersebut seperti langsir pada zaman dahulu namun ramai yang turut menegur Nabila kerana ia agak ketat dan menasihatinya untuk melabuhkan tudung.
AJL37 melabuhkan tirai malam tadi dengan menyaksikan Terus Hidup oleh Aina Abdul sebagai Juara sementara Joe Flizzow dan Sonaone menjadi Naib Juara dengan lagu Satu Malam di Temasek.
Tempat ketiga pula disandang oleh Alif Satar and The Locos menerusi lagu Anugerah Terindah dan Vokal Terbaik, juga dimenangi oleh Aina Abdul.
The post Netizen Kritik Pakaian Nabila Razali Ke AJL37 Ketat, Nampak Bentuk Tubuh – “Tinggal Jela Tudung Kau Tu Nab” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments