Kecoh diperkatakan di media sosial tentang rumah tangga pelawak Chot selepas bekas isterinya menularkan tentang kisah rumah tangga lelaki itu dengan isteri baru, Zurina Badron.
Menurut bekas isterinya, Siti Zafirul Azzah, kakak kepada penyanyi Syura itu menjadi penyebab penceraian mereka berlaku.
Sejak isu itu tular, Zurina menerima kecaman ramai netizen yang menggelarnya ‘penyondol’ apatah lagi kini sedang hangat tentang isu kecurangan membabitkan beberapa selebriti.
Zurina berkata tindakan Zafirul atau Jaja itu memberikan impak yang sangat besar kepadanya kerana keluarga turut terpalit.
Menurutnya, Syura yang sudah lama dalam industri seni menasihatinya dan memberikan kata positif untuk berhadapan dengan situasi begini.
Katanya, sekali dianggap ‘penyondol’, orang akan anggap sebagai penjahat. Dia berikan kata-kata positif kepada saya dan menasihatkan saya supaya diam sahaja.”
Ketika ditanya tentang dakwaan meruntuhkan rumah tangga mereka, Zurina akui hubungannya dengan Jaja sebelum ini seperti adik dan kakak.
Malah dakwanya, Jaja sendiri pernah berkata sudah ikhlas untuk melepaskan Chot namun Zurina terkejut apabila dia bertindak menularkannya.
Dalam pada itu, Zurina berkata dia sedang menggunakan khidmat peguam bagi mencari jalan penyelesaian untuk berdamai dengan pihak Jaja.
Tambahnya, dia teringin untuk bersemuka dengan bekas isteri suaminya itu kerana mahukan penjelasan agar dia dapat meneruskan hidup bersama Chot dengan tenang.
The post “Dia Pernah Cakap Ikhlas Nak Lepaskan” – Dulu Macam Adik & Kakak, Isteri Chot Tertanya Kenapa ‘Ex Wife’ Tularkan Isu ‘Penyondol’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments