Baru-baru ini, kaum India menyambut perayaan Thaipusam dan seperti biasa kuil Batu Caves dipenuhi dengan kehadiran ramai orang bagi memeriahkan hari tersebut.
Namun, rakaman tular di media sosial menunjukkan ramai anak muda beragama Islam yang sertai perarakan bersama pedati dipercayai di Pulau Pinang telah mendapat perhatian mufti.
Menerusi video berdurasi 45 saat itu, ramai umat Islam terutamanya generasi muda dan kanak-kanak berarak sambil bersorak perkataan ‘vel-vel’.
Perkara itu mengundang rasa kurang senang Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor yang meluahkan kekecewaannya terhadap golongan ini kerana kurang sensitif dengan perkara yang boleh merosakkan akidah dan iman.
Katanya, umat Islam dilarang (haram) untuk menyertai mana-mana aktiviti yang berkaitan dengan upacara keagamaan orang bukan Islam.
Pihak berkuasa agama negeri-negeri hendaklah menjelaskan hukum ini kepada umat Islam dengan kerjasama seperti jawatankuasa qaryah, pegawai masjid, guru takmir dan sebagainya.”
@malaysiagazette “Ramai orang Islam dilihat tidak lagi memelihara batas-batas hukum agama, jadi pihak berkuasa agama negeri-negeri hendaklah menjelaskan hukum ini kepada umat Islam dengan kerjasama seperti jawatankuasa qaryah, pegawai masjid, guru takmir dan sebagainya.” – Mufti Pulau Pinang #malaysiagazette #mgnews #perarakankuil #muftipulaupinang #penang #umatislam
Tambahnya, ibu bapa, pendidik dan pimpinan masyarakat juga perlulah memainkan peranan masing-masing untuk menjelaskan tentang hal itu kepada generasi baru umat Islam tentang hukum menyertai ritual agama lain.
Bukan itu sahaja, dia turut bimbang umat Islam salah faham tentang konsep toleransi beragama. Jelasnya toleransi bermaksud rakyat Malaysia perlu hormat semua agama yang dianut oleh kaum-kaum di negara ini.
Bagi Islam pula, toleransi beragama digalakkan tetapi penyertataan umat Islam dalam upacara keagamaan bukan Islam adalah haram, bahkan dibimbangi boleh merosakkan akidah seorsng Muslim.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Ramai Anak Muda Beragama Islam ‘Join’ Perarakan Kuil Sambil Sorak ‘Vel-Vel’, Mufti Luah Rasa Kecewa – “Haram Sertai…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments