Bagi menyambut hari jadi anak perempuan bernama Pova, Datuk Seri Elzey telah membawanya ke Thailand bagi meluangkan masa bersama.
Sewaktu di sana, Elzey sempat membuat live TikTok bersama para pengikutnya dan sudah semestinya hubungan bersama Zarina Anjoulie menjadi persoalan utama para netizen.
Melalui live tersebut, lelaki itu mengakui bahawa Zarina Anjoulie atau mesra dipanggil Anju merupakan wanita yang baik dan jujur bahawa hanya ada dua nama di hatinya iaitu Pova dan bekas tunang.
Bagaimanapun, Elzey sempat memaklumkan bahawa pertemuan pada 17 Februari bersama ayah pelakon terbabit terpaksa dibatalkan memandang ada hal yang tidak dapat dielak.
Kini, dirinya hanya berserah kepada Allah SWT dan memilih untuk muhasabah diri serta hanya fokus pada diri sendiri sahaja.
Sekadar info, pada 24 Januari, Anju dan Datuk Elzey telah selamat bertunang dalam satu majlis kecil-kecilan tetapi 2 minggu selepas itu, mereka memberitahu di media sosial bahawa hubungan tersebut telah pun berakhir.
The post “Past Is Past” – Pertemuan Dengan Bapa Zarina Anjoulie Terpaksa Dibatalkan, Datuk Elzey Pasrah Tiada Jodoh first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments