#Hiburan: Tular Perbualan Mesra Dengan Hafidz Rosdi, ‘Penyondol’ Siap Letak ‘HR’ di Bio IG – “Walau Menyondol Tetap Ke Surau”

Tular di media sosial sejak semalam tentang pendedahan isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi tentang kecurangan suaminya.

Malah, menerusi Facebook juga seorang wanita dipercayai rakan kepada isteri Hafidz memberi bayangan seolah-olah wanita itu sudah lama pendam kisah ini.

Advertisement

hafidz
13 jam lalu

"Bini Dia Lagi Lawa..." - Netizen Akhirnya Ketemu Siapa Wanita 'Penyondol' Rumah Tangga Hafidz Roshdi?

Dia turut mendakwa ‘penyondol’ yang sedang hangat diperkatakan itu bernama Athirah Yuhada dan sejak semalam ramai warganet melakukan pencarian tentangnya.

Bukan itu sahaja, turut tular di media sosial juga satu tangkap layar mempamerkan perbualan mesra di antara Hafidz dan Athirah menerusi Whatsapp.

Nak gambar sayang. Rindu.”

Sementara itu, menerusi ruangan komen ramai netizen mengutuk wanita itu kerana didakwa ‘berani’ meletakkan initial ‘HR’ bersama dengan emoji berbentuk hati di bio profil Instagram.

Bagaimanapun, difahamkan wanita itu kini sudah menyahaktif akaun miliknya selepas tular di internet tentang skandalnya bersama pelakon berkenaan.

Rata-rata netizen mengecam Athira habis-habisan serta mengkritik rupa parasnya dan membandingkannya dengan isteri Hafidz. Malah, ada yang menyindirnya tetap pergi ke surau untuk menunaikan solat di saat menjadi ‘penyondol’ suami orang.

The post Tular Perbualan Mesra Dengan Hafidz Rosdi, ‘Penyondol’ Siap Letak ‘HR’ di Bio IG – “Walau Menyondol Tetap Ke Surau” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments