Usahawan Mawar Karim semalam mengeluarkan kenyataan tentang kehidupanya ketika ini lebih membahagiakan berbanding dahulu.
Ibu kepada seorang anak itu seperti memberikan bayangan bahawa dia banyak menanggung kehidupan keluarganya ketika bergelar isteri.
Meskipun tidak menyebut nama sesiapa, namun pengakuan itu membuatkan ramai berpendapat ia seolah-olah ditujukan kepada bekas suaminya, Fizo Omar.
Mawar mengeluarkan kenyataan itu bagi membalas komen seorang netizen di Instagram yang memujinya kini lebih cantik jika nak dibandingkan sewaktu mereka masih bersama.
Hantaran Fizo Omar pula dikatakan seperti mahu membalas kenyataan Mawar selepas dia memuat naik gambar bersama kapsyen tentang ‘difitnah’.
Menerusi foto terbabit, Fizo menegaskan bahawa difitnah itu juga merupakan satu rezeki yang perlu disyukuri kerana ia adalah ujian buatnya.
Rezeki Allah ni datang dari pelbagai bentuk, difitnah pun adalah salah satu rezeki. Rezeki ujian yang akan memberikan kekuatan.”
Ramai netizen memberikan kata-kata semangat kepada Fizo untuk terus berjaya dalam kehidupannya dan pelakon itu turut akui bersyukur kerana masih mempunyai kesabaran dalam hidup.
The post “Difitnah Pun Salah Satu Rezeki. Alhamdulillah, Allah Masih Berikan Kesabaran” – Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments