Siapa sangka suami kepada pelakon Miera Leyana dikatakan sudah setahun lebih tidak pulang serta memberi nafkah kepada lima anak perempuannya hasil perkahwinan bersama isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib sejak September 2021.
Difahamkan daripada laporan Malaysia Kini, proses sulh antara suami pelakon berkenaan iaitu Rosland Othman dengan isteri pertama di Mahkamah Syariah gagal mencapai kata sepakat untuk mereka berdamai.
View this post on Instagram
Bukan sekadar tidak memberi nafkah bertahun-tahun, malah Rosland turut didakwa telah menyekat nombor telefon milik Adibah di aplikasi WhatsApp sejak tahun 2021.
Rosland tidak menjaga hati isteri pertamanya. Ini adalah satu penderaan mental yang berpanjangan, ditambah pula sudah tidak pulang ke rumah Adibah.
Dalam pada itu, peguam Syarie Adibah iaitu Khairul Anwar berkata perkahwinan yang dibina bersama isteri pertama selama 20 tahun sama sekali tidak bernilai buat Rosland lihat dari perbuatannya ketika ini.
Suami Miera yang juga merupakan Timbalan Presiden Kanan syarikat Serba Dinamik difahamkan sudah mula berubah sejak berkahwin dengan pelakon wanita terbabit pada 2020 dan hanya memberi nafkah jika dituntut oleh anak-anak saja.
Ekoran kegagalan proses sulh, pihak mahkamah telah menetapkan tarikh baru iaitu pada 2 Mac bagi perbicaraan lanjut. Malah, Rosland juga tidak mahu ditemubual semasa berada di perkarangan mahkamah.
Sekadar info, Rosland telah berkahwin bersama Miera Leyana pada 26 Julai 2020 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Rachel Aisyah.
The post ‘Block’ Nombor Di WhatsApp, Suami Miera Leyana Didakwa Bertahun Tak Bagi Nafkah Pada Isteri Pertama first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments