#Hiburan: “Jahat Mana Pun Kita, Jangan Tinggal Solat” – Hafidz Roshdi Kekal Tenang

Pelakon, Hafidz Roshdi kini menjadi bualan hangat orang ramai selepas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri membuat pendedahan di Instagram miliknya mendakwa rumah tangga mereka diganggu pihak ketiga.

Susulan itu, rata-rata netizen telah mengecam perbuatan curang pelakon berusia 28 tahun itu menerusi ruangan komen di laman media sosial miliknya.

Advertisement

Bagaimanapun, Hafidz dilihat seolah-olah tidak takut melakukan kesalahan tersebut apabila bertindak memuat naik hantaran berbaur sindiran kepada netizen.

Tengah komen kat bawah ke tu?

Bukan itu sahaja, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu turut sempat meninggalkan pesanan kepada dirinya sendiri bahawa setiap manusia pastinya akan melakukan kesilapan namun tuhan akan mengampunkan sekiranya bertaubat.

Setiap dari kita manusia melakukan kesalahan, tapi ingat Allah maha pengampun, jahat macam mana pun kita, jangan kita tinggal solat.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah Hafidz turut menggunakan lagu rakan selebriti yang namanya juga terpalit dengan kontroversi rumah tangga, Syamsul Yusof berjudul Kalah Dalam Menang.

Meninjau di ruangan komen, netizen menganggap Hafidz sebagai seorang yang munafik dan penunggang agama kerana menggunakan agama sebagai penutup kesalahan yang dilakukannya.

Malah, ada juga yang mendakwa Hafidz sengaja mengundang provokasi terhadap netizen demi mendapatkan perhatian memandangkan pelakon itu kini kurang aktif di kaca televisyen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 jam lalu

"Sehodoh Betina Bertudung" - Diva AA Sindir 'Penyondol' Hafidz Roshdi?

The post “Jahat Mana Pun Kita, Jangan Tinggal Solat” – Hafidz Roshdi Kekal Tenang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments