Zaman sekarang ni, bukan perempuan sahaja yang menjadi mangsa komen-komen tidak menyenangkan daripada lelaki di platform media sosial.
Sebaliknya kaum Adam juga tidak terlepas daripada menerima komen daripada wanita yang gatal malah sesetengah turut mendapat komen yang berbaur seksual terutamanya public figure.
Pelakon Nadhir Nasar baru-baru ini menerusi Twitter meminta agar peminat tidak sebarkan mana-mana episod drama lakonannya, Projek High Council yang belum ditayangkan.
Difahamkan, terdapat episod yang sudah dibocorkan di aplikasi TikTok dan disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Salam semua, ada few clips/ eps ProjekHighCouncil yang belum lagi keluar di platform Astro tetapi sudahpun dibocorkan di TikTok, aku tak tau kerja siapa dan aku tak tau macam mana. Minta kerjasama semua kalau ada clips yang belum lagi ditayangkan jangan sebarkan dan report.
— Naim Ismet (@NadhirNasar) February 8, 2023
Bagaimanapun, sesetengah peminat wanita membalas tweet Nadhir itu dengan komen-komen kurang enak seperti memanggilnya dengan panggil ‘ayang’ dan ‘baby’.
Untuk ayang semua boleh.”
Rata-rata netizen berpendapat ia sepatutnya tidak berlaku kerana melebih-lebih sehingga membayangkan seseorang artis itu adalah kekasih mereka.
Ada yang berkata ia pasti akan kecoh jika perkara yang sama berlaku kepada pelakon wanita yang menerima komen ‘nakal’ daripada peminat lelaki.
The post Netizen Geli Baca Komen Ramai Gadis ‘Feeling’ Nadhir Nasar Teman Lelaki, Siap Panggil ‘Ayang’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments