#Hiburan: “Kami Akan Ambil Tindakan Undang-Undang” – Restoran Bagi Servis Lambat & Makanan Tak Sedap, Danial Zaini Beri Kenyataan

Baru-baru ini kecoh di media sosial Twitter apabila seorang individu mendakwa restoran milik seorang pelawak terkenal dikatakan memberi layanan tidak memuaskan selain servis makanan yang tidak sedap.

Ia kemudian menjadi tular dan pemilik restoran berkenaan, pelawak Danial Zaini tampil memberi penjelasan berhubung isu ketidakpuas hati individu terbabit.

Advertisement

Menerusi satu rajutan di Twitter, Danial pada mulanya memohon maaf di atas servis yang dikatakan lambat dan mengambil masa beberapa jam untuk proses penyediaan makanan.

Dia juga menjelaskan mengenai isu menu Fish and Chip yang dianggap pelik dan mengecewakan gara-gara hidangan berkenaan menggunakan ikan keli selain aduan mengenai ruang parkir dan layanan ‘double standard’ yang diberikan kepada seorang pelanggan ‘VIP’.

Restoran kami menyediakan menu Barat yang digabungkan. Antaranya fish and chip menggunakan ikan keli, menu inovatif yang kami perkenalkan. Penggunaan jenis ikan sudah pun tertulis dalam menu.

Dalam pada itu, Danial meluahkan rasa kecewa ada netizen yang tidak bertanggungjawab dikatakan telah mengeluarkan beberapa kenyataan palsu dan berunsur fitnah berkenaan restorannya.

Katanya, teguran boleh dilakukan dengan cara yang betul kerana dia ada pada malam kejadian tapi pengadu lebih memilih untuk menularkan di media sosial serta mengeluarkan kenyataan menghasut.

Pihak saya akan semak satu persatu ciapan dan kenyataan palsu berbaur fitnah untuk kami ambil tindakan undang-undang.

Terdahulu, restoran Paku dan Pontianak milik Danial menjadi tumpuan warga maya apabila seorang lelaki membuat pendedahan mengenai servis dan kualiti menu yang disediakan pihak restoran itu adalah tidak memuaskan.

22 jam lalu

"Terpaling Hina Fish & Chips Ikan Keli" - Restoran 'Viral' Milik Pelawak Dikecam Servis Teruk, Makanan Tak Sedap & Lebihkan Rakan Artis

The post “Kami Akan Ambil Tindakan Undang-Undang” – Restoran Bagi Servis Lambat & Makanan Tak Sedap, Danial Zaini Beri Kenyataan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments