Selepas agak lama tiada khabar tentang mereka, berlaku persengkataan di antara Ali Puteh dan Hidayah pada hari genapnya 3 tahun pemergian Abam Bocey.
Hidayah meluahkan rasa kesal apabila kedatangannya bersama peguam ke rumah arwah suaminya tidak disambut baik.
Ali pula mendakwa terjumpa beberapa barang seperti garam kasar dan bangkai haiwan yang disyaki mempunyai unsur sihir diletakkan di keliling rumah tersebut.
Bagaimanapun menurut seorang ustaz perawat Islam, tiada unsur sihir dijumpai menerusi barangan tersebut sebaliknya ia digunakan untuk memagar rumah.
Menerusi sesi live di TikTok semalam, Ali dan ustaz tersebut bersiaran untuk bersoal jawab tentang isu panas tersebut.
Ketika ditanya ustaz itu bagaimana dia begitu yakin menuduh Hidayah sebagai pelaku, Ali berkata ia kerana penemuan tersebut bukanlah pertama kali berlaku.
Selain itu, Ali turut persoal mengapa Hidayah baru mahu datang ke rumah itu selepas 3 tahun sedangkan sebelum ini dia tidak ambil peduli tentang kos untuk menjaga kediaman berkenaan.
Arwah Abam meninggal 3 tahun. Kalau rumah tak berjaga, dah bertutup dengan sawang. Rumput itu kami potong setiap bulan. Ada ke dia tanya bil api ke air sepanjang 3 tahun kita jaga rumah itu.”
@rakyat_bulan Kena skolah dh #fyp #foryou #foryourpage #fyppppppppppppppppppppppp
Sebelum video berakhir, Ali sempat berkata dia tidak kisah jika semua netizen tidak memberikan sokongan dan kecam dirinya asalkan Tuhan tahu perkara sebenar.
Dalam pada itu, ruangan komen dipenuhi dengan netizen yang memerli Ali semula berkenaan kenyataannya itu. Rata-ratanya menyindir Ali yang meminta Hidayah membayar bil dan kos lain sedangkan orang lain yang tinggal di situ.
The post “Ada Ke Dia Tanya Bil Api, Air Sepanjang 3 Tahun Kita Jaga Rumah Tu?” – Ali Disindir Netizen Sebab Persoal Hidayah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments