#Hiburan: “Aliff Manusia, Bukan Malaikat” – Dituduh ‘Bertepuk Sebelah Tangan Tak Berbunyi’, Ini Jawab Bella Astillah

Baru-baru ini, pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz lagi sekali diduga selepas terdapat seorang pelakon wanita menghantar mesej kepada Bella mengakui sendiri suka kepada suaminya.

Oleh kerana Bella mengatakan pelakon tersebut adalah heroin gandingan bersama Aliff dalam drama terbaru, nama Sophia AlBarakbah menjadi sasaran dan difahamkan, dakwaan tersebut benar kerana ibu kepada dua orang cahaya mata itu memuat naik bukti mesej bersama Sophia di Instagramnya.

Advertisement

Bagi menjawab tuduhan orang ramai bahawa bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi susulan diganggu orang ketiga, Bella tampil mempertahankan suaminya, Aliff Aziz.

Aliff manusia bukan malaikat. Dia ada niat nak berubah.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah turut berkata disebabkan Aliff berasa risau dengan kelakuan Sophia, dia meminta isterinya datang ke set penggambaran, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Sekadar info, semalam, Aliff sendiri mengesahkan bahawa pelakon wanita yang dimaksudkan oleh isterinya adalah Sophia AlBarakbah yang merupakan heroin dalam drama mereka yang terbaru.

Sophia Bella
15 jam lalu

"Jangan Bagitahu Parents I, I Merayu.." - Berang Dituduh Penipu, Bella Astillah Dedah Mesej WhatsApp Sophia AlBarakbah

The post “Aliff Manusia, Bukan Malaikat” – Dituduh ‘Bertepuk Sebelah Tangan Tak Berbunyi’, Ini Jawab Bella Astillah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments