Satu perkongsian di media sosial baru-baru ini telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen gara-gara koleksi raya 2023 oleh seorang pereka fesyen tempatan dikatakan telah ‘merosakkan’ nilai tradisional dalam rekaan baju Melayu.
Difahamkan, koleksi berkenaan adalah dari rekaan butik Behati yang pernah menghasilkan busana buat artis terkenal seperti Aina Abdul dan Rozita Che Wan.
Dalam hantaran tersebut, beberapa pensohor media sosial dan juga selebriti wanita iaitu Nadia Brian dilihat menggayakan baju Melayu bersaiz besar serta digubah dalam beberapa gaya seperti seluar senteng, jubah dan baju Melayu singkat.
Time org nak lintas pi pavilion depa pi buat runway pic.twitter.com/xhPEHv1Ybi
— Syarol Kyle (@iSyarolKyle) February 18, 2023
Malah, ada netizen memuat naik video pendek memaparkan model-model berkenaan melakukan ‘runway’ di tengah jalan di hadapan Pavilion Bukit Bintang sehingga menimbulkan kesesakkan di kawasan itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik gaya baju Melayu yang dihasilkan kerana ia kelihatan sangat buruk dan jauh dari budaya timur yang sopan.
Janganlah merosakkan busana tradisional kita atas nama inovasi permodenan sekali pun.
Penghinaan tradisi,baju Melayu crop top ke tu?
Dalam pada itu, ada juga netizen yang menyamakan baju-baju Melayu dihasilkan itu dengan budaya LGBT gara-gara warna setiap busana yang menyamai pelangi.
The post “Rosak Busana Tradisional..” – Baju Melayu Dikutuk Buruk, Siap ‘Runway’ Di Tengah Kesesakan Jalan Raya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments