Satu perkongsian daripada pengguna Twitter mengenai keberkesanan produk terbaharu Neelofa, Drintox Pineapple telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen di media sosial itu.
Dalam hantaran asal yang kemudiannya dipadam oleh pemilik asal Tweet itu mendakwa dia kerap ‘membuang’ dan terasa kurus setelah mengamalkan jus nenas yang dikatakan berfungsi sebagai pelawas ataupun ‘detoks’.
Kata individu itu lagi, dia juga telah kehilangan 3 kilogram dalam tempoh satu minggu.
Namun begitu, ia menjadi kecaman warga maya yang lain kerana produk itu didakwa mempunyai banyak keburukan berbanding kebaikan.
View this post on Instagram
Mana ada jalan mudah untuk turunkan berat badan tanpa mudarat. Bukan lemak je hilang, silap-silap nyawa pun boleh hilang.
Kebanyakan kandungan air detox ada kandungan daun senna yang bantu lawaskan pembuangan. Keburukan apabila ambil terlalu banyak, air dalam badan berkurangan. Kita rasa ringan badan bila timbang tapi sebenarnya ‘hydrated’.
Dalam pada itu, ada juga yang meluahkan rasa hairan dengan orang ramai yang masih terpedaya dengan produk-produk sedemikian asalkan artis atau selebriti yang menjualnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Percaya Sangat Produk Artis Ni” – Wanita Kata Jus Detox Neelofa Berkesan, Ramai Netizen Dakwa ‘Overclaim’? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments