#Hiburan: “Pandai ‘Parents’ Ajar” – Tak ‘Geli’ Bergambar Dengan Pengutip Sampah, Kanak-Kanak Ini Raih Pujian Netizen

Sering ‘bermain’ dengan sampah sarap, pekerja kutip sampah sememangnya diketahui sangat berjasa dalam memastikan persekitaran dan alam sekeliling bersih dan nyaman serta tidak menganggu orang sekeliling.

Namun begitu, sebuah perkongsian di media sosial baru-baru ini telah membuka mata netizen kerana keikhlasan dua orang kanak-kanak yang tidak memandang akan status dan darjat kerana si kecil ini dilihat sangat menyenangi pekerja kutip sampah ini.

Advertisement

Dalam hantaran TikTok yang menjadi tular itu, pengguna aplikasi media sosial itu yang dikenali sebagai Eyjarahim memaklumkan bahawa kedua anaknya sangat meminati lori sampah, malah bercita-cita untuk menjadi pengutip sampah.

Dalam hantaran tersebut, bapa kepada dua orang kanak-kanak itu telah meminta izin untuk merakam foto bersama salah seorang pekerja Alam Flora.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum dengan sikap dua beradik itu dan turut memuji didikan ibu bapa yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut.

“Terima kasih sebab ajar anak-anak tidak merendahkan pekerjaan mulia ini. Semoga anak-anak dan ibu bapa diberkati. Abang driver lori sampah pun semoga dimurahkan rezeki.” tulis seorang netizen.

Comel sangat!

lelaki lembut ditertawa solat di surau
1 hari lalu

"Nampak Bapuk Terus Gelak" - Diejek Kerana Pergi Solat Di Surau, Lelaki Ini Luah Rasa Sedih

The post “Pandai ‘Parents’ Ajar” – Tak ‘Geli’ Bergambar Dengan Pengutip Sampah, Kanak-Kanak Ini Raih Pujian Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments