#Hiburan: “Orang Pernah Hidup Susah Je Faham” – ‘Viral’ Peniaga Nasi Lemak Bagi ‘Student’ Kurang Mampu Makanan Percuma

Tular di media sosial gambar seorang wanita menjual nasi lemak di Skudai kerana pada masa yang sama dia turut belanja mana-mana pelajar di universiti tempatnya berniaga.

Menerusi foto yang tukar di Twitter itu, wanita terbabit memberitahu menerusi sekeping nota di mana menurutnya dia akan memberikan makanan percuma kepada penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai yang tidak berkemampuan.

Advertisement

Adik-adik pelajar, kalau tak ada langsung duit jangan tahan lapar. Datang sini bagitau, saya belanja. Saya pun pernah jadi pelajar. Jangan malu.”

Kata Siti Aishah Othman, 32 tahun itu ketika ditemu bual mStar, dia sudah biasa hidup susah dari kecil kerana arwah ibu mencari rezeki untuk sara kehidupannya yang mempunyai sembilan adik beradik.

Jelasnya lagi, arwah ibunya juga berniaga sepertinya dulu dan sering bersedekah. Dulu dia sering marah kerana ibunya suka beri makanan percuma sedangkan barang basah dibeli dengan modal sendiri.

Setiap hari, Siti yang berniaga di kafeteria universiti itu pada jam 7 pagi hingga 12 tengah hari akan menyimpan 10 bungkus nasi lemak untuk diberikan percuma.

Meskipun dijual pada harga serendah RM1, kata Siti sebenarnya ramai pelajar yang tidak berkemampuan.

Mereka tak cakap pun tak ada duit tapi saya boleh faham mereka ni tengah berjimat. Ada juga saya jumpa yang bayar makanan berharga RM1 pakai syiling saja.”

Difahamkan, menu paling mahal dijual oleh Siti hanya berharga RM5 saja. Katanya, meskipun tidak berapa nak untung tapi dia berasa lega apabila dapat kenyangkan orang yang membeli daripadanya.

cermin
7 hari lalu

(VIDEO) "Cermin Je.." - Tingkap Kereta Pecah Terkena Batu, Lelaki Tak Marah Pemotong Rumput Dipuji Netizen

The post “Orang Pernah Hidup Susah Je Faham” – ‘Viral’ Peniaga Nasi Lemak Bagi ‘Student’ Kurang Mampu Makanan Percuma first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments