#Hiburan: “Kata Ikut Agama Bapa Kan?” – Muncul Di Parti Selebriti Pakai Rantai Salib, Netizen Tanya Aryan Khan Islam Ke Tak?

Penampilan anak bujang pelakon Bollywood yang digelar ‘King Khan’, Shah Rukh Khan baru-baru ini menjadi bualan netizen di India.

Aryan Khan telah hadir ke parti hari jadi pengarah popular di negara itu, Karan Johar pada minggu lalu bersama bapa dan ibunya, Gauri.

Advertisement

Bagaimanapun, kemunculan Aryan yang tampil dengan gaya ‘smart casual’ serba hitam itu menarik perhatian selepas dia dilihat memakai rantai leher berbentuk salib.

Gara-gara berpenampilan sebegitu, ramai netizen di media sosial mempersoalkan status agama anak pelakon Dilwale berkenaan.

Advertisement

Umum tahu bahawa Shah Rukh Khan beragama Islam dan isteri pula beragama Hindu namun sebelum ini Gauri sendiri dikatakan pernah mendedahkan bahawa anak teruna mereka itu akan mengikut fahaman agama bapanya.

Seorang netizen berkata,

Aryan akan ikut agama Shah Rukh Khan bukan?”

Disebabkan itu, tindakan Aryan memakai aksesori tersebut mencetuskan kekeliruan dan persoalan dalam kalangan peminat hiburan di negara berkenaan.

Malah, ada yang dikatakan menuntut pengesahan daripada tuan empunya diri untuk menjawab persoalan ramai berkenaan isu ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

Shah Rukh Khan
4 bulan lalu

Shah Rukh Khan Dituduh 'Meludah' Atas Mayat Mendiang Lata Mangeshkar?

The post “Kata Ikut Agama Bapa Kan?” – Muncul Di Parti Selebriti Pakai Rantai Salib, Netizen Tanya Aryan Khan Islam Ke Tak? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments