Baru-baru ini tular di laman Twitter, ciapan oleh seorang pengguna dikenali sebagai Phoebe Shafinaz yang mendedahkan taktik baru scammer telah mendapat perhatian ramai.
Menerusi ciapan tersebut, Phoebe telah menerima panggilan dari scammer tersebut yang menyamar sebagai pekerja sebuah syarikat kurier.
Difahamkan, scammer itu telah mendakwa bahawa terdapat parcel yang masih belum dituntut oleh wanita itu.
Saya pelik la sebab saya tahu status barangan yang saya beli tak ada yang sangkut.
Malah, scammer itu turut meminta nombor kad pengenalan wanita itu secara profesional namun dia enggan memberinya kerana berasa ragu-ragu.
Lepastu dia “bodoh” kan saya dan letak telefon. Ini cara baru nak scam ke?
J&T just called to say I have a parcel “yang belum dituntut”. I pelik la coz I know the movements of my parcel. Takde yang sangkut. Then they professionally asked for my IC number. But it felt fishy so I refused. Pastu dia “bodoh” kan I and hung up. Is this a new type of scam? ?
— Phoebe Shafinaz ? (@PhoebeShafinaz) May 30, 2022
Dalam pada itu, Phoebe turut memaklumkan bahawa dia pernah bekerja dengan syarikat kurier sebelum ini yang membuatkan dia lebih peka tentang penipuan yang cuba dilakukan scammer itu.
Silap orang la nak scam, kurier sangat jarang nak hubungi pelanggan suruh tuntung barang, selalunya pelanggan yang kena kejar kurier untuk buat penghantaran semula.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Cara Baru Nak Scam Ke?” – Enggan Beri Nombor MyKad, Gadis Dipanggil B*doh Oleh Abang Kurier first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments