Zaman kini, setiap orang mempunyai platform media sosial sendiri untuk mereka berkongsikan pelbagai perkara seperti rutin harian, masakan, mempromosi produk dan pelbagai lagi mengikut kreativiti masing-masing.
Bagaimanapun, jika seseorang itu mempunyai sifat malu dan masih boleh berfikir mana satu yang baik serta buruk, setiap konten yang ingin di muat naik pasti akan difikirkan dahulu risikonya.
Namun, baru-baru ini seorang influencer di TikTok telah memuat naik satu video yang mengundang kecaman daripada netizen kerana dianggap memalukan isterinya.
Di dalam video berkenaan, kelihatan isterinya yang juga merupakan influencer genit yang sememangnya dikenali ramai mahu memakai pampers anak kerana sudah tidak tahan untuk menahan sakit perut.
Jika lihat dari raut wajah si isteri, memang jelas dia tidak berasa selesa apabila si suami merakam ketika dirinya dalam keadaan seperti itu walaupun lelaki berkenaan hanya menganggap semua itu adalah gurauan.
Melihat dari jumlah tontonan video berkenaan, sudah hendak mencecah 5 juta tontonan daripada pengguna platform tersebut. Namun, kebanyakkan netizen meninggalkan komen berasa tidak selesa melihat konten seperti itu.
Hampir kesemua berpendapatan, lelaki berkenaan sepatutnya tidak merakam si isteri seperti itu kerana ia seolah-olah membuka aib isteri sendiri yang jelas tidak selesa.
Walaupun hampir kesemua komen adalah kecaman, masih ada juga netizen yang meninggalkan komen-komen nasihat agar befikir dahulu sebelum membuat konten yang kurang bijak seperti itu agar tidak timbulnya fitnah.
The post “Aib Bini Selamba Tayang” – Isteri Sakit Perut Nak Pakai ‘Pampers’ Anak, Suami Rasa Kelakar Tapi Dikecam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments