Semalam, kecoh tentang seorang selebriti sensasi iaitu Azwan Ali digugurkan serta merta dari mengacara program realiti MIC ON! musim kedua yang disiarkan di Awesome TV.
Untuk mendapatkan jawapan sebab dirinya diberhentikan, pihak Harian Metro telah menghubungi beliau, namun Azwan Ali atau mesra dipanggil Diva AA itu enggan mengulas lebih tentang isu tersebut kerana merasakan persoalan ini sepatutnya ditanya kepada pihak Awesome TV yang mengambil keputusan secara mengejut.
Dalam pada sesi temubual itu, Diva AA mengatakan dirinya tidak hadap dengan tawaran mengacara itu, tetapi dia lakukankan demi peminatnya saja.
Tambahannya lagi, dia turut berharap agar pihak Awesome TV tidak sesekali mempergunakan orang lain sesuka hati dan minta pihak mereka untuk melangsaikan hutangnya dengan segera.
Penonton tengok Mic On sebab saya. Jangan nak kurang ajar dengan saya. Mereka ingat mereka besar sangat. Mereka aniaya saya, tunggu karma yang bakal menanti.
Sekadar memberi bayangan, perkara ini terjadi atas kerana sudah berlakunya situasi ‘kurang ajar’ dalam pengurusan Awesome TV, namun Diva AA tidak mahu mendedahkannya dan minta untuk tunggu pihak Awesome TV keluarkan kenyataan media.
The post “Penonton Tengok MIC ON Sebab Saya, Dah Lah Bayar Ciput!” – Azwan Ali Enggan Ulas Lebih Isu Digugurkan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments