Selain jerawat, kulit kusam juga ‘musuh’ utama bagi mereka yang mementingkan penampilan. Kulit kelihatan kering, tidak bermaya, parut jerawat di sana-sini, senang cerita penuh cela. Siapa ada masalah macam ni? Tapi apa sebabnya? Jom kami kongsikan antara punca utama terjadinya kulit kusam.
Tak cukup minum air
Aik, tak cukup air dalam badan pun bagi kesan pada kulit? Yes, bestie. Ini kerana kurang air atau dehidrasi menyebabkan pengurangan isipadu aliran darah dalam badan. Akibatnya kulit kelihatan pucat tidak bermaya. Jadi, cukupkan minum air 8 gelas sehari, ok?
Abaikan pelembap
Kulit kering menjadi antara sebab utama kulit kusam. Kulit menjadi merekah pada permukaan, sel kulit mati bertambah dan akhirnya tona kulit kelihatan tidak sekata. Pilih pelembap yang bersesuaian dengan kulit dan jangan abaikan langkah asas penjagaan kulit ini. Penting!
Tak cukup tidur
Jangan ingat ‘beauty sleep’ tu sekadar mitos semata. Nak kulit cantik memang kena tidur cukup tau. Di waktu tidur, sel kulit bekerja untuk membaiki sel yang rosak, masa tidur terhad, maka sel kulit tidak dapat bekerja dalam jangka masa optimum.
Diyakini 95% wanita Malaysia
Untuk mengembalikan kulit cerah berseri tanpa cela, semestinya penjagaan kulit perlu ditekankan. Amalkan 3 langkah ringkas skincare menggunakan rangkaian produk Hada Labo Premium Whitening ini untuk mereka dengan kulit kusam, berbintik hitam dan parut jerawat.
95% dari 150 wanita Malaysia telah melihat sendiri kesannya dengan pengurangan jelas bintik hitam dan parut jerawat dalam 14 hari.
Rangkaian Hada Labo Premium Whitening ini mempunyai bahan Triple Brightening iaitu Niacinamide, Alpha Arbutin dan Vitamin C. Ketiga-tiga bahan ini memberikan kesan pencerahan 3 kali ganda. Produk ini juga tidak mengandungi alkohol, sumber haiwan, pewarna, pewangi dan minyak mineral.
3 langkah ucap bye-bye kulit kusam
Jom kami kongsikan langkah mudah mengamalkan Hada Labo Premium Whitening dalam rutin harian.
Langkah 1
Cuci muka dengan Premium Whitening Face Wash. 3 jenis Hyaluronic Acid di dalamnya berfungsi memberi hidrasi mendalam tanpa mengeringkan kulit setiap kali cucian. Kulit lembut dan bersih je.
Langkah 2
Sapukan Premium Whitening Lotion selepas mencuci muka bagi mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat. Losen ini juga mengecutkan pori, menghidrasi dan mencerahkan kulit. Pemakaian losen ini juga menyediakan kulit untuk ke menyerap rutin seterusnya.
Langkah 3
Akhir sekali, aplikasikan Premium Whitening Water Gel. Teksturnya yang ringan, senang diserap, tidak melekit dan sangat melembapkan. Sesuai digunakan semua jenis kulit sebelum memakai mask. Bahan terkandung di dalamnya bermanfaat untuk mencerahkan kulit kusam.
Dapatkan kulit cerah berseri tanpa cela dengan rangkaian Hada Labo Premium Whitening ini di farmasi berhampiran atau secara online di Watsons, Lazada & Shopee.
Untuk maklumat lanjut, follow Hada Labo di Facebook atau lawati website mereka di SINI.
The post Kulit Cerah, Sihat Berseri, Cuma Dengan 3 Langkah Ringkas Ni Je first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments