Pelakon Yasmin Hani mengumumkan di Instagram bahawa dia kini sudah bercerai dengan suami, Sha’arin Mohamed Razali setelah 10 tahun berkahwin.
Perkara tersebut dimaklumkan Yasmin menerusi sebuah hantaran di Instagramnya, semalam.
Dalam entri tersebut, Yasmin berkata mereka berdua telah bersetuju untuk memulakan kehidupan baru secara berasingan secara aman.
Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi.
Dia dalam pada itu berhadap semua pihak dapat memberi ruang dan menghormati keputusan mereka demi kesejahteraan semua.
Sekadar info, Yasmin Hani dan Sha’arin telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong yang kini berusia lima tahun.
The post Yasmin Hani Dan Suami Bercerai Setelah 10 Tahun Berkahwin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments