#Hiburan: Sherry Ibrahim Puji Disiplin & Sikap Baik Shaza Bae Ketika Di Set Penggambaran

Baru-baru ini, pelakon Sherry Ibrahim turut terlibat sama menjalani penggambaran bersama pelakon dan pengacara, Shaza Bae bagi sebuah drama rantaian berjudul Jangan Ganggu Jodohku.

Sherry Ibrahim
3 bulan lalu

Berat Badan Turun Mendadak, Sherry Ibrahim Nafi Jatuh Sakit

Advertisement

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya, Sherry bertindak memberi pujian terhadap sikap pelakon muda berusia 25 tahun itu ketika berada di set penggambaran.

Proud of my girl (Shaza Bae) sebab antara artis baru yang penuh dengan disiplin dan sangat menghormati orang sekelilingnya. Keep it up Shaza & stay humble always!

Menurut Sherry, dia menyifatkan Shaza sebagai seorang pendatang baru dalam dunia hiburan yang berdisiplin dan menghormati orang sekeliling.

Advertisement

Dalam pada itu, pelakon berusia 38 tahun itu juga berharap semoga Shaza sentiasa mengekalkan sikap positif tersebut.

Sherry Ibrahim & Shaza Bae

Sekadar info, drama Jangan Ganggu Jodohku yang dibintangi Sherry Ibrahim dan Shaza Bae sudah mula bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 10 malam di slot Megadrama, Astro Ria.

Selain Sherry dan Shaza, drama bersiri tersebut turut dibintangi pelakon lain seperti Yusuf Bahrin, Amerul Affendi, Shah Iskandar, Sabhi Sadhi dan ramai lagi.

The post Sherry Ibrahim Puji Disiplin & Sikap Baik Shaza Bae Ketika Di Set Penggambaran first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments