Baru-baru ini tular di media sosial spot ambil gambar kapal terbang berdekatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
Boleh dikatakan kawasan tersebut sentiasa sesak dengan kehadiran pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar bersama kapal terbang yang mahu mendarat.
Lantaran orang ramai mula membanjiri tempat tersebut selepas viral, kawasan itu kini ditutup oleh pihak pengurusan Malaysia Airports.
Menurut perkongsian oleh pengguna Facebook Are Peace, kawasan viral itu ditutup atas faktor keselamatan dan juga sampah.
Hanya kawasan yang menjadi tumpuan ramai itu ditutup dan jalan utama di kawasan itu masih dibuka.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa sedih kerana spot tersebut telah ditutup sebelum sempat mereka berkunjung.
Malah, ada juga netizen yang menzahirkan rasa marah kepada pengunjung lokasi itu kerana membuang sampah merata-rata tempat.
Akan tetapi, viewing deck masih dibuka dan jika anda yang mahu melihat kapal terbang boleh ke sana kerana tempat lebih selamat.
The post Terlalu Sesak Dan Banyak Sampah, Tempat ‘Viral’ Tengok Kapal Terbang Kini Ditutup first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments