Sedia maklum, pasukan bola sepak, Kuala Lumpur City (KL City) berjaya mencipta sejarah yang mengejutkan selepas berjaya menumpas juara bertahan iaitu Johor Darul Takzim (JDT) sekaligus merangkul Piala Malaysia ke-100 tahun di Stadium Bukit Jalil.
Walau bagaimanapun, aksi yang dipamerkan oleh pasukan JDT berhak diberikan pujian biarpun terpaksa menerima keputusan selaku naib johan.
Menerusi perkongsian pelakon Eyra Hazali di Insta Story, beliau menitipkan kata-kata semangat buat barisan pemain JDT yang turut dibarisi oleh suaminya, Haziq Nazli yang merupakan penjaga gol simpanan.
Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali menyifatkan aksi pada malam perlawanan akhir itu bukanlah rezeki bagi skuad ‘Harimau Selatan’ untuk menambah koleksi piala mereka.
Pada perlawanan terbabit, KL City yang dikatakan skuad underdog telah memecahkan kebuntuan dengan menjaringkan gol pertama pada minit ke-65 dan gol kedua pada minat ke-74 sekaligus menggegarkan stadium tersebut yang dipenuhi hampir 20,000 penonton.
View this post on Instagram
Sekadar info, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 November 2019 dan hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Hayder Qhalish pada 14 Ogos 2020.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post Pasukan JDT Tewas, Eyra Hazali Titip Kata Semangat Buat Suami, Anggap Tiada Rezeki Tambah Koleksi Piala first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments