#Hiburan: Pakar Cadang Vaksin Perlu Disuntik Pada Paha, Bagi Kurangkan Risiko Radang Jantung

Pakar-pakar kesihatan dari negara Hong Kong mencadangkan agar vaksin COVID-19 BioNTech perlu disuntik pada bahagian paha dan bukannya lengan bagi mengurangkan risiko radang jantung, lapor akhbar South China Morning Post (SCMP).

Ini berikutan kematian seorang wanita berusia 66 tahun yang mengalami masalah miokarditis atau radang otot jantung setelah 16 hari si mati menerima dos vaksin jenis itu.

Advertisement

suntik vaksin

Namun begitu, kaitan antara kematian mangsa dengan vaksin masih lagi tidak dapat dipastikan seperti dilaporkan oleh pihak berkuasa kesihatan negara itu pada sebuah sidang akhbar, baru-baru ini.

Menurut mereka lagi, pihaknya tidak boleh merumuskan kematian warga emas itu adalah disebabkan vaksin BioNTech kerana ia mungkin berpunca daripada provirus iaitu jangkitan virus lain yang menyebabkan masalah sama pada jantung.

Sehubungan itu, pakar-pakar kesihatan China menyarankan agar vaksin BioNTech disuntik pada bahagian paha manusia dan bukan lengan bagi mengelakkan risiko miokarditis terutamanya dalam kalangan warga emas.

Advertisement
Vaksin BioNTechSumber : Google  

Penasihat pandemik, Profesor Yuen Kwok berpendapat suntikan paha untuk golongan remaja yang menerima vaksin jenis itu harus dijadikan penanda aras kerana mereka mempunyai kemungkinan untuk mengalami miokarditis.

Sehingga kini, Hong Kong telah merekodkan 83 kes miokarditis berkaitan suntikan vaksin COVID-19 termasuklah 34 orang remaja berusia 12 hingga 15 tahun.

Pisang e-wallet
50 minit lalu

Harga Pisang Cuma RM7.30, Tapi Terbayar RM1,234.56 Melalui Transaksi e-Wallet

The post Pakar Cadang Vaksin Perlu Disuntik Pada Paha, Bagi Kurangkan Risiko Radang Jantung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments