#Hiburan: Harga Pisang Cuma RM7.30, Tapi Terbayar RM1,234.56 Melalui Transaksi e-Wallet

Seorang warga emas di Kota Bharu dilaporkan telah tersilap menekan jumlah bayaran untuk pembelian sesikat pisang berangan yang berharga RM7.30 kepada RM1,234.56 ketika membuat transaksi menggunakan aplikasi e-wallet di sebuah kedai runcit, seperti dilaporkan Kosmo Online.

Menyedari kesilapannya itu, warga emas berusia 60 tahun itu segera membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, pada Selasa lalu.

Advertisement
KPDNHEPSumber : Google  

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDHNEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri mengambil maklum mengenai perkara itu dan mendapati bahawa lelaki itu telah membeli sesikat pisang seberat lebih satu kilogram sekitar 10 November lalu.

 

Warga emas itu telah pulang ke rumah dan baru menyedari bahawa pisang tersebut dibeli pada harga RM1,234.56 baru-baru ini.

Pisang berkenaan yang dijual pada harga RM7.30 itu telah dibayar dengan amaun ribuan ringgit kerana tersilap menekan harga ketika membuat pembayaran menggunakan aplikasi mobil itu.

PisangSumber : Google  

 

Lelaki tersebut kemudian memaklumkan kepada pihak kedai runcit, namun difahamkan kedai itu sudah bertukar pemilik. Dia kemudian membuat aduan kepada KPDNHEP beserta bukti pembayaran.

Ujar Azanizam lagi, pihak mereka telah berbincang dengan pemilik kedai runcit itu dan akhirnya mencapai persetujuan untuk membayar lebihan bayaran berjumlah RM1,227.27 kepada warga emas tesebut.

Kes difahamkan telah disiasat mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan KPDNHEP Kelantan telah menyelesaikan aduan itu pada semalam.

Persenda OKU
1 hari lalu

Didakwa Atas Sengaja Mengaibkan Dengan Niat, Polis Buru 4 Individu Persenda Golongan OKU

The post Harga Pisang Cuma RM7.30, Tapi Terbayar RM1,234.56 Melalui Transaksi e-Wallet first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments