Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan varian baharu yang sedang tersebar di seluruh dunia, varian Omicron telah dikesan di Malaysia dalam sidang media yang berlangsung sebentar tadi.
Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mula menjalankan ujian PCR ‘Genotyping Assay’ ke atas semua sampel positif yang disaring di pintu masuk antarabangsa (PMA) KLIA sebagai inisatif tambahan kepada kajian berterusan jujukan genom penuh (whole genome sequencing – WGS).
Hasil daripada ujian PCR Genotyping Assay, satu daripada sampel dari tempoh 11 November 2021 hingga 28 November 2021 dikesan berkemungkinan besar adalah VOC Omicron.
TERKINI
Kes pertama Varian Baharu Omicron dikesan di Malaysia .Kes babitkan pelajar bukan warganegara usia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 Nov sebelum WHO umum penemuan varian Omicron : Khairy
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) December 3, 2021
Advertisement
Menurut Khairy, kes membabitkan pelajar bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu, sebelum WHO umum penemuan varian Omicron.
Pelajar berkenaan telah menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan pihak universiti di Ipoh. Perjalanan beliau dari KLIA ke Ipoh juga menggunakan bas khas yang disediakan oleh pihak universiti. Beliau juga patuh menjalani kuarantin kendiri dan tidak keluar ke mana-mana sepanjang proses kuarantin.
As people catch up with the Omicron announcement, it’s important to note that this case came in to Malaysia on 19 November BEFORE South Africa reported the first detected case to @WHO.
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) December 3, 2021
Pengesanan kontak rapat dijalankan kepada penumpang bas dan pemandu seramai 5 orang. Mereka telah jalani kuarantin wajib dan sampel pertama dan kedua semua kontak rapat adalah negatif.
Semoga ini kes yang pertama dan terakhir di Malaysia.
The post “Kes Varian Omicron Pertama Telah Dikesan Di Malaysia” – Khairy Jamaluddin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments