#Hiburan: Yonnyboii Hadiahkan Album Istimewa Buat Isteri Sebagai Lambang Cinta

Komposer dan penyanyi rap, Yonnyboii menghadiahkan album istimewa sebagai lambang cinta buat insan bernama isteri yang bertakhta di hatinya.

Yonnyboii
3 hari lalu

Yonnyboii Akui Pelik Tak Diserang Panik Ketika Akad Nikah

Advertisement

Yonny memaklumkan yang album istimewa tersebut adalah hadiah perkahwinan buat isterinya iaitu Nik Nazira Narriman.

Album istimewa ini memuatkan lima lagu dan dijangka akan dilancarkan pada majlis resepsi pada 22 Januari depan.

Menurut Yonny, lagu tersebut dihasilkan ketika mula ‘mengorat’ isterinya sehingga ke fasa percintaan mereka dan lima lagu yang dimuatkan dalam album tersebut adalah karya baharu yang dia cipta khas buat isterinya.

Advertisement

Yonny turut memberitahu yang dia kini masih menunggu keputusan syarikat rakaman dan kemungkinan ia akan ditangguhkan pada majlis resepsi pihak lelaki yang dirancang pada 22 Februari depan sekiranya impian dia tidak kesampaian.

Berkongsi tentang majlis resepsi, Yonny mengatakan yang majlis di sebelah pihak perempuan akan berlangsung mengikut tarikh asal iaitu pada 22 Januari depan.

Yonnyboii

Tambah Yonny, majlis yang dijangka berlangsung di Duchess Place, Ampang itu hanya akan dihadiri kira-kira 100 tetamu sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP), manakala majlis sebelah lelaki pula akan berlangsung di Cheras.

Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin turut menambah yang dia akan mengundang 500 tetamu untuk majlis resepsi sebelah pihak lelaki namun tidak semua saudara mara dan rakan dapat hadir.

Terdahulu, penyanyi lagu Sakit itu menegjutkan peminat serta orang ramai apabila mengumumkan perkahwinannya dengan Nik Nazira pada 20 November lalu.

The post Yonnyboii Hadiahkan Album Istimewa Buat Isteri Sebagai Lambang Cinta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments