#Hiburan: Batalkan Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan, Zain, Aaisyah Dhia Rana Positif COVID-19

Pasangan selebriti popular, Rozita Che Wan dan Zain Saidin terpaksa membatalkan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka apabila suami serta anaknya disahkan positif COVID-19, bulan lalu.

Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta mendedahkan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana turut dijangkiti COVID-19 selepas sehari Zain disahkan positif.

Advertisement

Menurut Che Ta, disebabkan situasi tidak terduga itu, perancangan bercuti ke sebuah pulau persendirian di Langkawi terpaksa ditunda.

Apa nak buat, kami tidak mampu menghalang semua ini. Zain memang mempunyai gejala seperti batuk, selsema dan demam. Kemudiannya terkena pula pada Aaisyah.

Jelas Che Ta, Aaisyah hanya mengalami demam sahaja, deria rasa masih ada. Namun, dia dan dua anak lelaki disahkan negatif.

Bagaimanapun, suami dan Aaisyah sudah pulih sepenuhnya. Kasihan tengok Aaisyah. Walaupun deria rasa tidak hilang, tetapi kurang berselera makan.

Dalam pada itu, Che Ta akui secara peribadi, dia tidak suka situasi berkenaan berlaku. Habis segala perancangannya termasuk menyambut ulang tahun perkahwinan.

Zain sudah lengkap dua dos vaksinasi, namun, tetap terkena juga. Virus ini memang ada hidup di sekeliling kita sekarang.

Tambah Che Ta lagi, suami dan anaknya melakukan kuarantin kendiri di rumah.

Rozita Che Wan
3 minggu lalu

"Fesyen Apa Pulak Ni.." Che Ta Berbalut Satu Badan Dengan 'Dress' Bernilai RM50,000 Rekaan Ezuwan Ismail

The post Batalkan Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan, Zain, Aaisyah Dhia Rana Positif COVID-19 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments