#Hiburan: “Sekurang-Kurangnya Rossa Ingat Saya..” – Iqbal Zulkefli

Meskipun dijadikan bahan ejekan netizen berikutan pendedahan penyanyi Indonesia, Rossa yang tidak mengenali siapa dirinya, usahawan dan juga penyanyi Iqbal Zulkefli berkata dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya wanita itu masih ingat susuk tubuhnya ketika bertemu tidak lama dahulu.

Ujar Iqbal, dia hanya ingin mengenali penyanyi itu sebagai seorang kawan dan tidak semestinya ingin membawa Diva Indonesia itu ke arah perkahwinan.

Advertisement

Benar apa yang saya katakan, saya masih mahu mengenali. Mengenali tidak semestinya mahu berkahwin. Berkawan, mungkin. Atau kerjasama apa yang boleh.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya Rossa ingat saya menegur beliau. Hanya saya seorang dari Malaysia ketika itu.

Dia dalam pada itu turut menegaskan bahawa dia masih tahu menjaga privasi dan kehormatan seseorang serta sedar siapa dirinya yang sebenar.

Advertisement

Terdahulu, Rossa yang ditemui media tempatan dilihat terpinga-pinga ketika ditanyakan mengenai hubungannya bersama Iqbal.

“Siapa ya? Maaf, saya tidak perasa sebab ramai orang yang datang bergambar dan sekejap sahaja. Saya terlupa.” ujar Rossa.

Manakala Iqbal pula memberi bayangan bahawa mereka mempunyai hubungan yang baik sedangkan kedua-duanya baru pertama kali bertemu.

Rossa
2 hari lalu

Tiba-Tiba Sahaja Terpalit Gosip Di Malaysia, Rossa Akui Tak Kenal Siapa Iqbal

The post “Sekurang-Kurangnya Rossa Ingat Saya..” – Iqbal Zulkefli first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments