Konflik dimana penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana menyaman ‘lima sekawan’ iaitu Lan Solo dan isteri, Syura Badron, jurusolek Aida G dan Sam Samin atas sebab mereka mengaitkan nama beliau dalam sebuah Instagram Live masih belum selesai.
Setelah lama mendiamkan diri dari mengulas konflik ini, semalam, isteri kepada penyanyi Lan Solo iaitu Nur Shiela Hassim meluahkan rasa terkilan di ruangan Instagram Story apabila kata-katanya dan tiga rakan yang lain termasuk suaminya dimanipulasi.
Walau masih ada yang waras berfikir mereka juga dikecam! Saya sudah jangka luahan kami dimanipulasi.
View this post on Instagram
Dedahnya lagi, Siti Nordiana atau dikenali sebagai Nana hanya menyatakan menuntut permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam kepada media, tetapi tidak menjelaskan ianya berserta wang RM200,000 yang perlu dibayar oleh mereka.
Sedia maklum, setelah tercetusnya kontroversi tersebut penyanyi Gurauan Berkasih itu telah meminta ‘lima sekawan’ terbabit untuk membayar RM200,000 setiap seorang dan tuntutan saman akan difailkan selewat-lewatnya 2 Ogos.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Saya Sudah Jangka Luahan Kami Dimanipulasi..” – Isteri Lan Solo Luah Rasa Terkilan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments