#Hiburan: “Saya Masih Tunggu..” Suami Lana Nodin Keluar Surat Saman, Michael Ang Simpan Komen

Penerbit dan pengarah drama terkenal, Michael Ang memaklumkan bahawa dia belum dapat memberi sebarang komen mengenai tuntutan saman yang dikeluarkan suami kepada pelakon Lana Nordin iatu David Mackienzie kepada dirinya.

BACA: “Pastikan Mereka Vaksin Dulu..” Kena ‘Warning’ Dengan Suami Lana Nodin, Michael Ang Sedia Bersemuka

Advertisement

Ini berikutan dia masih belum menerima sebarang notis saman tersebut daripada wakil peguam aktres tersebut dan juga David.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Sebelum ini, David menerusi Lana memberitahu akan menghantar surat tunturan saman terhadap Michael atas dakwaan mengeluarkan kenyataan tidak benar terhadap isterinya itu.

Saya tiada apa-apa komen. Katanya nak saman kan? Saya masih menunggu surat saman itu. Apabila dah dapat, baru saya boleh komen. Jadi tunggu sajalah.

Michael yang dihubungi sebuah portal media sebelum ini ada menegur pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu yang lantang mendesak Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meletak jawatan.

Advertisement

Terdahulu, Lana menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya ada menempelak DG Hisham yang baginya pandai berpura-pura sedih namun sebaliknya tidak mengikuti SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan di bawah kelelolannya.

Disebabkan oleh perkara itu, Lana Nodin dikecam hebat oleh netizen dan Michael turut tidak ketinggalan memberi sedikit pendapat namun perbuatan tersebut telah mendapat perhatian David Mackienzie yang tampil mempertahankan pernyataan Lana.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Saya Masih Tunggu..” Suami Lana Nodin Keluar Surat Saman, Michael Ang Simpan Komen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments