Sering menonjolkan imej yang baik di hadapan umum, sedikit mengejutkan apabila terdapat selebriti disyaki terlibat dalam kancah jenayah.
Terbaru, seorang pelawak popular dikhabarkan telah ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah pada Ahad lalu untuk membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.
Kata Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, lelaki itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas yang dilakukan daripada maklumat yang diperolehi pihaknya.
Disebabkan oleh itu, pihak polis telah menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan atas tujuan eksploitasi seks.
Mangsa kini telah mendapat perintah pelindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007
yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda.
Selain daripada itu, mereka turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkusan kondom, sejumlah wang tunai dan empat buah telefon bimbit.
Dalam pada itu, suspek turut dikenakan kompaun disebabkan kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) berdasarkan Pelan Pemulihan Negara 2021.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai kes ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Pelawak Popular Ditahan Bagi Bantu Kes Pemerdangan Manusia first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments