#Hiburan: Pelawak Disyaki Terlibat Kes Pemerdagangan Manusia Bebas Dengan Jaminan Polis

Baru-baru ini, seorang selebriti lelaki telah ditangkap polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan seks. Walaubagaimanapun, lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurut laporan Bernama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan, ACP Ramlan Abdul Razak mengesahkan sendiri perkara ini ketika dihubungi Bernama.

Advertisement

“Kami dah bagi jamin semalam, bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan.” – ACP Ramlan

 

Susulan penangkapan pelawak yang berusia 40-an sebelum ini, polis turut menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di Kuala Pilah tempoh hari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. Jka disabitkan kesalahan, hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda akan diperuntukkan.

Lelaki itu juga dikatakan turut dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

The post Pelawak Disyaki Terlibat Kes Pemerdagangan Manusia Bebas Dengan Jaminan Polis first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments