#Hiburan: “Ini Bukan Kolot..” – Aishah Cadang Bagi Peruntukan Untuk Hasil Baju Atlet Tutup Aurat

Penyanyi veteren, Aishah baru-baru ini ada memberi cadangan di Instagram agar diberikan peruntukan kepada syarikat pengeluar baju sukan untuk menghasilkan pakaian yang menjaga aurat atlet.

Advertisement

Menurut Aishah, sudah tiba masanya untuk orang ramai bersuara dan menghormati pakaian yang dipakai oleh atlet Malaysia untuk bertanding mewakili negara.

Ini bukan kolot ok, I baru baca article mengenai team gimnastik Jerman yang memakai pakaian yang menutup bahagian-bahagian yang perlu.

Tulis Aishah di kapsyen hantaran di Instagramnya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Tambahnya lagi, inisiatif itu antara lainnya sebagai pilihan atlet sekali gus mengalakkan remaja perempuan untuk menyertai dan lebih giat aktif dalam acara sukan.

Advertisement

Aishah

Kata penyanyi lagu Camar Yang Pulang itu, semua ini hanyalah cadangan dan pandangannya sahaja sebagai penonton setia acara sukan yang mengambil peduli tentang cara pemakaian atlet terutamanya atlet muslim.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Ini Bukan Kolot..” – Aishah Cadang Bagi Peruntukan Untuk Hasil Baju Atlet Tutup Aurat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments