#Hiburan: “Dicop Penunggang Agama, Dipersalahkan Erti..” – DSV Akui Terima Pelbagai Kecaman

Baru-baru ini, isu usahawan terkenal iaitu Dato’ Seri Vida menamakan sejadah baharu keluarannya dengan nama ‘Sejadah Makbul Doa’ telah dipertikaikan oleh warganet dan beranggapan usahawan tersebut mengguna agama untuk ‘marketing’ percuma.

Advertisement

DSV akui telah menerima pelbagai kecaman daripada netizen kerana memberi nama sejadah baharu keluarannya itu namun turut bersyukur masih ada yang menyokongnya.

Menerusi satu perkongsian video di akaun Instagramnya, Dato’ Vida memuat naik beberapa artikel berkaitan dengan ‘Sejadah Makbul Doa’ yang diinspirasikan daripada kerinduan terhadap Kaabah, Hajarul Aswad serta Tanah Suci Makkah.

Dicop penunggang agama. Dipersalahkan erti sebab saya jual sejadah baldu yang diberi nama ‘SEJADAH MAKBUL DOA’.

Advertisement

Video hantaran yang dimuatnaik olehnya itu telah meraih lebih 100,000 tontonan dan juga mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial tersebut.

Dato' Seri Vida

Sedia maklum, sejadah keluaran penyanyi I Am Me itu telah dikritik oleh orang ramai di Twitter kerana didakwa memberi persepsi yang dianggap kurang sesuai selain ada juga yang menyifatkan DSV menjadikan ia sebagai ‘marketing’ percuma.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Dicop Penunggang Agama, Dipersalahkan Erti..” – DSV Akui Terima Pelbagai Kecaman first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments