#Hiburan: Dah Dua Bulan Tiada Pendapatan, Eric Floor 88 Hanya Hidup Dengan Simpanan Yang Ada

Salah seorang anggota kumpulan Floor 88, Eric Fuzi mendedahkan bahawa dirinya sudah dua bulan tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan.

Advertisement

Katanya lagi, kini dia hanya mengharapkan wang simpanan sedia ada dalam meneruskan kelangsungan hidup sehari-hari.

Dia yang ditemui dalam rangka promosi telefilem Hutang 2D secara maya baru-baru ini mengakui bahawa dia ada cuba mencari alternatif lain seperti menjalankan perniagaan MASOK Foodcourt yang diusahakan bersama rakan anggota kumpulan Floor 88 yang lain.

Jika diikutkan duit simpanan yang ada mungkin dapat tampung sekitar sebulan setengah sahaja lagi memandangkan komitmen bulanan yang perlu saya lunaskan agak tinggi. Dalam masa sama, saya juga berdepan cabaran untuk mengekalkan perniagaan yang diusahakan bersama rakan anggota Floor 88 yang lain.

Eric juga memaklumkan bahawa dia tidak meminta sebarang bantuan daripada pihak lain namun apa yang diharapkannya kini adalah agar industri seni kreatif negara dapat dihidupkan semula dengan perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Advertisement

Telefilem Hutang 2D yang turut menampilkan Eric sebagai pengarah bersama dan juga pelakon itu turut dibintangi anggota kumpulan muzik mereka yang lain seperti Ayie, Akram, Falique, Zai dan juga Amirul Afeeq.

Antara nama lain yang turut sama berlakon adalah Ogy Ahmad Daud, Ropie, Altimet, Coki dan Black Hanafiah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Dah Dua Bulan Tiada Pendapatan, Eric Floor 88 Hanya Hidup Dengan Simpanan Yang Ada first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments