#Hiburan: Bad Indigo Bakal Cacat Kekal, Sedang Mohon Status OKU

Ujian berat yang menimpa penyanyi Bad daripada kumpulan Indigo sekali lagi menimpanya apabila dia dilaporkan bakal membuang ibu jari kakinya secara kekal sekaligus menjadikan kaki kirinya akan kudung selama-lamanya.

Advertisement

Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah,46, juga memaklumkan bahawa dia terpaksa memohon status Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ujarnya lagi, dia kini sedang menunggu giliran untuk membuang ibu jari kaki dan dan memerlukan tambahan enam bulan untuk rawatan susulan pada bahagian yang dipotong.

Lepas potong empat jari kaki sebelum ini, saya didatangi pekerja sosial dan bertanya sama ada mahu daftar sebagai OKU atau tidak kerana saya cacat kekal dan layak. Saya sudah mendaftar dengan JKM tapi belum dapat jawapan lagi.

Maklum Bad lagi, dia kini tidak mempunyai kerajaan dan berharap pendaftaran sebagai golongan OKU itu dapat meringankan beban kos rawatan yang akan ditanggung selepas ini.

Advertisement

Dalam perkembangan lain, Bad meluahkan perasaan syukur kerana memperoleh keputusan negatif dalam ujian saringan COVID-19 setelah isterinya, penyanyi Ashira telah disahkan positif wabak itu sebelum ini.

Terdahulu, Bad telah menjalani pembedahan memotong jari kaki yang luka akibat jangkitan gangren disebabkan oleh penyakit diabetes di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sekitar bulan Mac yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Bad Indigo Bakal Cacat Kekal, Sedang Mohon Status OKU first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments