#Hiburan: “Apa Guna Solat Tapi Tayang Body..” Netizen Hentam Baby Shima Di Instagram

Penyanyi Baby Shima meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah netizen yang mengkritik cara pemakaian dengan urusan ibadahnya di media sosial.

Advertisement

Ujar Shima, seseorang individu tidak layak untuk menjadi ‘tuhan’ dan menghakimi individu lain terutama apabila menyentuh hal ibadah dan tahap keimanan seseorang.

Perkara tersebut dikongsikan Baby Shima menerusi sebuah hantaran di media sosial Instagramnya, semalam.

Semalam ada post video kat TikTok, lepas tu ada yang tulis ‘apa guna solat tapi tayang body? Seakan-akan kau seorang saja yang boleh solat, seakan-akan kau seorang saja yang boleh tentukan sah atau tidak sah solat.

Katanya lagi, orang yang berfikiran kotor tetap akan menghakimi sesiapapun meski orang itu menutup aurat sepenuhnya ataupun tidak.

Advertisement

Dia dalam pada itu turut menambah bahawa teguran individu tersebut dianggap sebagai sesuatu yang munafik sedangkan akaun terbabit juga mengikut banyak akaun wanita berpakaian seksi.

“Cukuplah kau hakimi orang tu kau cuma lihat luaran saja, disebabkan luaran saja kau hakimi dia macam-macam tapi kau tak tahu niat seseorang itu. Kau takkan tahu, cuma Allah je tahu.” jelas Shima lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Apa Guna Solat Tapi Tayang Body..” Netizen Hentam Baby Shima Di Instagram first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments