#Hiburan: Tak Layan Komen Negatif, Nur Fazura Pilih Untuk Memaafkan ‘Haters’

Pelakon jelita, Nur Fazura mengakui dirinya tidak terlepas daripada menerima komen serta kritikan negatif sepanjang berkecimpung dalam dunia seni hiburan tanah air.

Ujar Fazura, dia memilih untuk tidak mengambil endah dengan tidak membaca sebarang bentuk kecaman atau komen negatif yang diterimanya.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Sebagai selebriti memang tidak terlepas dengan kata-kata orang dan rasanya semua orang dalam dunia pernah menghadapi perkara sama. Tak kisahlah artis atau tidak, kita tidak terlepas dengan apa orang nak cakap mengenai kita. Namun apa yang saya buat adalah saya alihkan fokus dengan tidak membaca berita atau gosip, malah komen kadang-kadang saya tak baca.”

Advertisement

Tambah isteri kepada pelakon Fattah Amin ini lagi, dia cuba untuk memahami sebab dan mengapa individu tersebut tampil memberikan komen negatif terhadap dirinya.

“Saya cuba faham untuk faham kerana mungkin individu ini bercakap melalui apa yang dia rasa dari luaran. Bila kita faham, kita mampu untuk melupakannya..” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Terdahulu, Fazura dilfahamkan hadir sebagai tetamu jemputan pada sesi Live Eksklusif Bersama Fazura di Facebook Rasmi Profesor Datuk Dr Muhaya.

Dia dalam pada itu turut merasakan bahawa sikap memaafkan orang lain yang melakukan kesalahan adalah lebih baik bagi memastikan emosi dirinya tidak terganggu.

BACA: Kerap Kongsi Gambar Berhijab Di IG, Nur Fazura Kini Dah Berhijrah

The post Tak Layan Komen Negatif, Nur Fazura Pilih Untuk Memaafkan ‘Haters’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments