Pelakon berbadan sasa, Ariff Aziz menerusi sebuah hantaran di Instagram ada memuat naik foto memaparkan dirinya bersama seorang wanita telah selamat tiba di negara Poland, kelmarin.
Dalam entri tersebut, Ariff dan juga wanita itu kelihatan mesra bergambar di sebuah lapangan terbang yang difahamkan berlokasi di negara itu.
“Arrived with love in Polang, weather is nice..” tulis Ariff di bahagian kapsyen foto tersebut.
Perkongsian Ariff itu ternyata telah menimbulkan pelbagai reaksi yang rata-ratanya mempersoalkan bagaimana pelakon drama Raisha itu boleh berada di luar negara sedangkan Malaysia masih lagi berada dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Namun ada juga yang mencetuskan persoalan adakah Ariff sudah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita tersebut sehingga membolehkannya merentas negara.
“Ariff Aziz dah makan nasi minyak ye? Tahniah..” tanya seorang pengguna warga maya.
Sekadar info tambahan, Ariff Aziz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penerbit drama terkenal, Datuk A.Aida namun bercerai selepas setahun mendirikan rumah tangga.
The post Selamat Sampai Di Poland Bersama Yang Tersayang, Ariff Aziz Dah Berkahwin? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments