#Hiburan: “Saya Tak Rasa Seksi Pun..” Elizabeth Tan Nafi Pakai Baju Singkat Untuk Raih Perhatian

Penyanyi dan juga pelakon, Elizabeth Tan memberitahu bahawa cara penampilannya yang dianggap seksi itu hanyalah pakaian akhirnya dan dia tidak menganggap perkara tersebut sebagai melampaui batas.

Ujar Elizabeth yang lebih mesra disapa sebagai Lizzy ini lagi, dia juga menafikan bahawa sengaja memakai pakaian singkat untuk ‘memancing’ perhatian ramai kerana kemaruk dengan komen netizen terutama golongan lelaki.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Tambah penyanyi lagu Knock Knock ini lagi, jika dibandingkan dengan wanita sebangsa dengannya, ramai yang jauh lebih seksi berbanding dirinya.

“Saya tak rasa seksi pun kerana itu gaya pemakaian setiap hari. Saya tak sengaja pun berpakaian begitu. Kalau bandingkan dengan sebangsa saya yang lain, ramai lagi berpakaian jauh lebih seksi. Jadi tiada keperluan untuk saya ambil kisah mengenai tanggapan seksi itu.”

Advertisement

Malah Lizzy juga tidak terkesan dengan komen-komen gersang yang dilemparkan peminat terutama kaum lelaki.

Dia juga gembira dengan sokongan yang tidak putus-putus diberikan peminat setia meskipun sudahpun mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

 “Saya gembira dengan sokongan siapa pun peminat saya tanpa peduli apa alasan mereka. Walaupun saya sudah berkahwin, tidak ada apa pun yang berubah mengenai diri saya. Suami baca komen mereka pun tak peduli sangat. Bahkan dia cuma gelak saja..” katanya lagi.

Terdahulu, Elizabeth ada menyangkal dakwaan sesetengah netizen yang menuduhnya kerap memuat naik foto seksi sehingga mengundang komen lucah netizen.

BACA: Tak Kisah Isteri Terima Komen Nakal, Peminat Puji Elizabeth Tan Dan Suami Secocok Bersama

The post “Saya Tak Rasa Seksi Pun..” Elizabeth Tan Nafi Pakai Baju Singkat Untuk Raih Perhatian first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments