Gara-gara sebuah video tular di mana seorang lelaki menjual ‘speaker’ Al-Quran hanya kerana ingin membayar sewa rumahnya telah membuka hati pelakon popular, Rita Rudaini untuk sama-sama menjayakan misi bantuan kepada golongan yang memerlukan sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan kini.
Difahamkan, dia telah berkerjasama dengan beberapa pelakon lain seperti Umie Aida dan Isma Yusoof.
View this post on Instagram
Dalam diam tak diam, Rita memaklumkan bahawa dia telah selesai memberikan bantuan fasa pertama kepada hampir lebih 200 individu terjejas sepanjang PKP.
Kini, dia dan rakan artis lain sedang mengumpul maklumat untuk membantu para penggiat seni dan kru belakang tabir.
View this post on InstagramAdvertisement
“Bantuan yang kami inigin hulurkan ini tidak terhad kepada bangsa Melayu saja, tetapi untuk semua kaum. Jika ada kru atau pelakon bukan Melayu boleh tampilkan diri. Kami yakin mereka juga terjejas sepanjang pandemik ini.”
Ujar Rita lagi, selesai saja pemberian bantuan kepada penggiat seni, mereka akan membuka semua bantuan kepada orang ramai dan turut mengalu-alukan sesiapa saja yang berminat untuk memberikan sumbangan.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu turut menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana agar tidak terlalu tertekan dalam memikirkan masalah yang dihadapi pada ketika ini.
“Insya-Allah pasti ada sinar dan jalan keluar untuk sesuatu masalah. Saya juga berpesan supaya melakukan perkara yang boleh buat mereka gembira serta perlu ingat jika mereka fikir sedang hidup dalam kesusahan, orang lain mungkin lebih berganda susah.” ujarnya mengakhiri bicara.
The post Prihatin Nasib Penggiat Seni, Rita Rudaini Hulur Bantuan Dalam Tempoh first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments