Walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai pelakon dan usahawan, pelakon Saharul Ridzwan mengakui dia dan isteri rindu mahu pergi ke majlis ilmu dikendalikan oleh penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang diberi nama Seminar Keluarga Sunnah.
Menurut Saharul dalam gambar hantaran di Instagramnya itu, ceramah tersebut telah banyak membantunya belajar tentang cara mengeratkan hubungan sesama keluarga mengikut sunnah dan syaritat Islam.
Rindu dengan suasana macam ni. Seminar Keluarga Sunnah, dengan ustaz @ebitlew, first time isteri saya yang ajak, bersungguh-sungguh dia nak pergi. Time tu saya ikutkan je. Dengar je, rupa-rupanya baru tahun ni belajar-belajar wujudkan sunnah kat rumah.
Tahun ni first time makan talam dengan isteri. Tahun ni first time seumur hidup puasa 6.
View this post on Instagram
Advertisement
Dalam pada masa yang sama, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu turut berharap agar dia dan isteri akan sentiasa terbuka hati untuk mendalami lebih lagi tentang ilmu berkaitan Islam.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai tumpang gembira melihat perubahan suami isteri itu dan mendoakan Saharul bersama isteri kekal bahagia hingga ke Jannah.
The post Majlis Ilmu Ebit Lew Bantu Saharul Ridzwan Sekeluarga Eratkan Hubungan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments