Pelakon Dayana Roza yang kini sarat hamil lima bulan dikhabarkan sedang giat menghulurkan bantuan secara peribadi kepada mereka yang memerlukan sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan kerajaan kini.
Ujar Dayana, meskipun sedang berbadan dua, namun ianya tidak sama sekali menghalang usahanya untuk tampil memberi pertolongan melalui pekerjanya dalam menjalankan tugas kebajikan itu.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, dia akan memilih siapa yang benar-benar memerlukan bantuan malah pernah membantu satu keluarga tujuh beranak yang tidak mempunyai beras untuk makan.
“Masa dulu saya buat bantuan, saya baru tahu ada family sampai tujuh beranak beras pun tak ada. Sampai tahap macam tu. Orang macam tu kita kena bantu la, dekat ke jauh ke kita kena ambil tahu..tak semestinya bila kita makan mewah, orang lain pun makan mewah..”
Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin ini menambah, soal-soal tidak berkemampuan untuk makan ini sangat meruntun hati nuraninya kerana merasakan tidak semua insan bernasib baik dalam menghadapi cabaran hidup sehari-hari.
View this post on InstagramAdvertisement
Dia dalam pada itu turut memaklumkan akan mengutamakan golongan yang mempunyai anak kecil serta terjejas pendapatan akibat kehilangan kerja ataupun gaji dipotong sepanjang tempoh ‘total lockdown’ ini.
“Ramai dm, tapi saya kena pilih sebab sebelum ini ramai menipu dan mengambil kesempatan, ada yang sudah dapat bantuan tapi masih juga nak ambil hak orang lain..” ujarnya lagi.
View this post on Instagram
Dayana juga turut mengambil peluang membuat tawaran kepada peniaga kecil yang memerlukan ruang mempromosikan hasil jualan mereka untuk dijual di kedai miliknya.
The post Kini Sarat Hamil Lima Bulan, Dayana Roza Terus Hulur Bantuan Tak Sanggup Tengok Orang Berlapar first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments